Wednesday, 12 April 2017

PETUA MENGHILANGKAN KEGATALAN AKIBAT GIGITAN KUTU KUCING

Hye everybody! :)

Dah beberapa minggu jugak saya x menulis kat blog. Buzy sikit dengan beberapa urusan. Sambil2 buzy tu, ada satu cerita ni. Lebih kurang minggu lepas saya pergi ziarah makcik saya di rumahnya. Kebetulan nenek pon berada kat sana. Jadi, lama sikit borak2 dan sedar tak sedar sampai ke petang. Saya pon minta diri la.

Dalam perjalanan pulang, saya mula rasa gatal yang teramat sangat dekat kaki. Saya pon fikir mungkin kena gigit nyamuk. Tapi sangkaan saya meleset. Bila nak tidur waktu malam, gatal tu makin  menjadi-jadi. Bukan satu, tapi banyak sangat kawasan yang kene gigit. Rupa2 baru lah saya tahu, itu bukan kena gigit nyamuk, tapi kene gigit dengan kutu kucing. Makcik saya tu ada bela seekor kucing. Dari situ la saya terkena.

Saya pon beli la macam2 krim sapu di farmasi. Tapi gatal tu tak hilang, malah makin bertambah. Rasa gatal tu memang tak tertahan. Gatal sangat2. Akhirnya saya tergerak hati nak tanya kat kawan2 apa petua2 yang mujarab untuk hilangkan gatal. Adalah sorang kawan ni sharepetua daripada Mama dia. Nak tau tak ape petua dia?? hee.. Meh saya pulak share ngan korang semua..

Bahan2 yang diperlukan:

1. Daun sirih
2. Garam kasar

Garam kasar
Daun sirih

















Cara-cara:

Tumbuk daun sirih bersama garam kasar dengan menggunakan batu lesung. Jangan tumbuk terlalu hancur. Biar daun sirih kasar2 sedikit. Selepas itu, sapu bahan2 tersebut ke tempat yang terkena gigitan kutu kucing. Sapu sepertimana kita melakukan lulur badan. Lagi kuat lagi bagus. Ia akan membuatkan kawasan gigitan akan rasa sedikit pedih, tapi tak apa. Biar air daun sirih meresap ke dalam kulit. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali. Kalau sekali mungkin tak berkesan. Jangan basuh. Sebaiknya buat sebelum tidur dan terus tidur.

Cuba tau, InsyaAllah berkesan. Alhamdulillah rasa gatal di badan saya sudah hilang. :)


Nak tahu macam mana nak hilangkan parut kesan gigitan tu? Tunggu next post k.. :p


_HEFFAH_


PETUA HILANGKAN PARUT DI BADAN



Assalamualaikum...

Hurmmm...lama jugak x update blog ni. Bukan sengaja,tapi seeikit buzy dengan persiapan perkahwinan. Alhamdulillah, saya telah selamat diijabkabuk dengan sekali lafaz. Jadi sekarang saya da jadi seorang isteri. 😀

Sebelum ni saya ada janji nak kongsi petua istimewa kan? Kan? Sebelum saya kongsi lain2 perkara, saya tunaikan janji saya dulu.

Saya percaya, ramai di kalangan kita yang mempunyai parut2 kecil seperti parut gigitan serangga,parut luka terjatuh,parut jerawat dan lain-lain. 

Jadi,bagi yang rasa rendah diri dengan parut-parut ni,jangan risau. Anda semua boleh cuba petua ni. Petua ni saya dapat dari mak saya sendiri. Saya sendiri pon amalkan dan berkesan. Saya harap petua ni berkesan juga pada anda semua.

Bahan yang diperlukan:

1. Kulit kayu manis
2. Sedikit air
3. Permukaan yang sedikit kasar (contohnya seperti belakang batu lesung)

Cara-caranya :
Ambil satu kulit kayu manis, sagatkan kulit kayu manis tersebut di permukaan kasar sehingga hancur. Campur sedikit air bagi memudahkan proses kehancuran. Ambik kulit kayu manis yang sudah hancur tersebut,sapukan di kawasan parut. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang. Jika parut melarat,disarankan berhenti. Berkemungkinan anda memeliki kulit sensitif. 


Semoga petua ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. InsyaAllah.. 😊😊😊