Dah beberapa minggu jugak saya x menulis kat blog. Buzy sikit dengan beberapa urusan. Sambil2 buzy tu, ada satu cerita ni. Lebih kurang minggu lepas saya pergi ziarah makcik saya di rumahnya. Kebetulan nenek pon berada kat sana. Jadi, lama sikit borak2 dan sedar tak sedar sampai ke petang. Saya pon minta diri la.
Dalam perjalanan pulang, saya mula rasa gatal yang teramat sangat dekat kaki. Saya pon fikir mungkin kena gigit nyamuk. Tapi sangkaan saya meleset. Bila nak tidur waktu malam, gatal tu makin menjadi-jadi. Bukan satu, tapi banyak sangat kawasan yang kene gigit. Rupa2 baru lah saya tahu, itu bukan kena gigit nyamuk, tapi kene gigit dengan kutu kucing. Makcik saya tu ada bela seekor kucing. Dari situ la saya terkena.
Saya pon beli la macam2 krim sapu di farmasi. Tapi gatal tu tak hilang, malah makin bertambah. Rasa gatal tu memang tak tertahan. Gatal sangat2. Akhirnya saya tergerak hati nak tanya kat kawan2 apa petua2 yang mujarab untuk hilangkan gatal. Adalah sorang kawan ni sharepetua daripada Mama dia. Nak tau tak ape petua dia?? hee.. Meh saya pulak share ngan korang semua..
Bahan2 yang diperlukan:
1. Daun sirih
2. Garam kasar
Garam kasar |
Daun sirih |
Cara-cara:
Tumbuk daun sirih bersama garam kasar dengan menggunakan batu lesung. Jangan tumbuk terlalu hancur. Biar daun sirih kasar2 sedikit. Selepas itu, sapu bahan2 tersebut ke tempat yang terkena gigitan kutu kucing. Sapu sepertimana kita melakukan lulur badan. Lagi kuat lagi bagus. Ia akan membuatkan kawasan gigitan akan rasa sedikit pedih, tapi tak apa. Biar air daun sirih meresap ke dalam kulit. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali. Kalau sekali mungkin tak berkesan. Jangan basuh. Sebaiknya buat sebelum tidur dan terus tidur.
Cuba tau, InsyaAllah berkesan. Alhamdulillah rasa gatal di badan saya sudah hilang. :)
Nak tahu macam mana nak hilangkan parut kesan gigitan tu? Tunggu next post k.. :p
_HEFFAH_