Saturday, 24 December 2016

CUTI CUTI BAJET LANGKAWI...

Assalamualaikum...

Kali ni excited sikit nak tulis sebab baru balik dari cuti-cuti Malaysia ngan family.. hii..
Bila dengar je Langkawi, mungkin ia satu pulau yang tak asing lagi di pendengaran rakyat Malaysia. Tapi ramai juga masih tak berpeluang menjejakkan kaki ke pulau lagenda tu. Memandangkan  cuti sekolah masih berbaki lagi ni, dan mungkin ada yang tak sempat nak rancang percutian dengan family, apa kata anda buat trip ke Langkawi.

Saya nak share sikit info percutian saya ke Langkawi baru-baru ni. Sebelum ke sana, saya mcm biasa akan cari dulu pakej2 yang paling penting sesuai dengan bajet. Antara yang paling mudah utk cari pakej2 ni adalah dengan cari di Instagram. Taip je pakej langkawi, memang banyak travel agensi yang menawarkan pakej2 menarik bersesuaian dengan bajet kita. Macam kami ada bajet lebih sikit, jadi kami memilih ke sana dengan menaiki kapal terbang untuk menjimatkan masa perjalanan.

Untuk percutian kali ni, saya tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh travel agensi yang dikenali dengan nama "PakejLangkawimurahrm99". Tengok nama IG pon dah tau harga yang ditawarkan. Memang betul, RM99 sahaja untuk seorang!!! Takkan tak murah lagi kan? Pakej ni termasuk penginapan, kereta, dan yang paling best termasuk 'Magrove Tour'. Tapi masa peak season lain sikit la harganya. Kene tambah lagi RM50. Tapi still murah kan.

Serious pakej ni memang berbaloi baloi. Tapi kene pergi sekurang-kurangnya 4 orang. Kalau kurang, lain harga yang akan dikenakan. Hotel dan kereta yang disediakan pon berpadanan dengan harga yang dibayar. Tidaklah begitu mewah, tapi cukup selesa. Yang penting ada tempat tidur dan senang nak jalan-jalan kan. hii..

Nak tau tak Mangrove tour tu apa? Lebih kurang macam Island hoping, tapi tour kat tempat yang berbeza dengan island hoping tu. Kita akan ke beberapa pit stop dengan menaiki bot. Pertama kita akan di bawa ke Gua Kelawar, Di sini anda berpeluang masuk ke dalam gua dan menyaksikan sendiri gelagat kelawar2 di dalam gua dan dalam masa yang sama, menikmati kejadian semulajadi yang sangat2 cantik.




Boleh sewa lampu suluh dengan harga RM2 sahaja. Jadi dapat la lihat kelawar dalam keadaan gua yang gelap.





Lepas tu, anda akan naik bot semula dan ke pit stop berikutnya iaitu Eagle Feeding. Kat sini pon saya dan family sangat2 excited sebab dapat tengok burung helang dengan lebih dekat dan sangat banyak. Masa kami berada di sana, ada lebih kurang 3 spesis burung helang yang berbeza. Burung2 ini memang burung helang liar. Tetapi mereka sudah dimanjakan oleh pemandu2 bot di sana dengan diberi makan setiap hari. Nak tau helang makan ape? Helang makan kulit ayam mentah.. Yummy!!

Tu dia seekor burung helang yang sangat besar bersedia untuk sambar makanan.. 

Menarik kan??? Tapi..... ada yang lagi menarik. Ini saat yang paling saya teruja sekali. Kami di bawa ke tengah laut. Tempat itu betul2 dekat dengan sempadan Thailand. Apa yang menarik kat tengah2 laut tu? Mesti anda semua tak percaya. Kami semua berpeluang melihat ikan lumba2/Dolphin liar. Bukan seekor, tapi banyak! Tak perlu ke Australia. Kat Malaysia pon ada tau. Masa tu betul2 excited. Pemandangan sekeliling pon sangat cantik. Tapi tak sempat snap gambar dolphin tu sebab ikan tu laju. Sempat rakam video je. hii..

Haa... kat sini la anda dapat jumpa dolphin. Tapi, tak boleh bising2 tau.. Kene senyap dan tunggu dia keluar.. Syokkkkk. Tempat ni nama dia, Kilim Geoforest Park.











Lepas tengok dolphin, anda akan di bawa ke Pulau Pasir Panjang. Pulau ni sangat bersih dan cantik. Boleh la sanap gambar, mandi manda dan bermain pasir. Anda ada lebih kurang 30 minit untuk menghabiskan semua aktiviti di pulau tersebut. Memang cantik sangat pulau ni. Tak tipu k.

Bukan tu saja. Ada lagi tempat nak pegi tau, Lepas penat snap2 gambar dan main pasir, anda akan ke tempat perternakkan ikan. Kat sana anda dapat lihat pelbagai jenis ikan dibela di dalam sangkar. Antaranya ikan pari, ikan jenahak dan banyak lagi. Ada juga restoran terapung dan tandas di situ. Jadi bolehlah berehat sebentar sebelum teruskan perjalanan. Tempat ni pon di tengah laut tau.Belum di darat lagi.
 Ok2.. ni last.. rasa macam dah banyak sangat pit stop kan. Hii.. Lepas tengok ikan dan berehat, anda akan lalu di bawah Gua Mulut Buaya. Lalu bawah gua dengan menaiki bot. Memang pengalaman baru. Berbaloi-baloi sangat pakej tour ni. Apa salahnya cuba tour yang lain dari lain. Mungkin ada yang dah pernah island hoping tapi belum cuba mangrove tour. Ni lah masanya!

Selfie bawah gua. Cantik sangat2... Saya suka!

Pakej Mangrove ni ambil masa 4 jam. Rasa macam tak puas je walaupon 4 jam sebab memang best sangat2. 

Jadi, bagi yang minat, boleh contact Abang Alif. Dia akan terangkan pasal tour ni. Boleh cuba contact no fon ni, 019-435 8585. 

Baru tulis pasal tour. Later sambung lagi tentang tempat2 menarik yg lain k. :)

_Heffah_





No comments:

Post a Comment