Saya berminat utk kongsi sedikit lagi tempat2 menarik yg saya kunjungi semasa ke Langkawi bersama family. Kita da jalan2 di laut, kali ni kita jalan2 di darat pulak.
Jika anda ada bajet lebih, boleh la singgah di 5D meseum Langkawi. Harga tiket pon masih dikira berpatutan. Bagi dewasa cuma RM20 dan kanak2 RM15 sahaja. Kami singgah di sini kerana cuaca agak terik, dan kami membuat keputusan untuk membuat aktiviti indoor. Banyak gambar2 menarik yang boleh anda rakamkan di sini kerana terdapat banyak hasil seni 5D yang cantik dan kelihatan real di dalam gambar.
Gambar2 drpd jurufoto Amatur..hii
Terdapat beberapa bangunan baru telah dibangunkan. Ia dijadikan pusat membeli-belah bebas cukai. Nah! Bukan di bandar sahaja boleh shopping tau, di kawasan Pantai Chenang pon dah boleh shopping barangan bebas cukai.
Selain itu, terdapat juga Street Market sepanjang jalan di Pantai Chenang. Di sana terdapat pelbagai barang2 menarik. Jangan risau kalau anda terlupa bawa baju mandi, di sana memang banyak sangat pilihan baju2 mandi untuk kanak2 sehingga dewasa. Terdapat juga barangan kraftangan yang cantik2, sesuai untuk dijadikan buah tangan. Selain itu, ada juga gerai menjual makanan2 untuk dijadikan snek semasa berjalan di pantai antaranya, jagung rebus, roti, waffle dan sebagainya. Memang best!
Kalau anda terasa lapar semasa jalan2, tak perlu pening2 cari kedai makan. Terdapat pelbagai restoran yang semestinya Halal di sepanjang jalan. Restoran seafood, restoran makanan Thai, restoran makanan Arab dan banyak lagi. Restoran fast food pon ada tau seperti KFC dan McD. Jika haus, ada juga kiosk Chatime di sana. :)
Sambil jalan2 tu, anda akan ternampak satu chalet yang cantik. Chalet tersebut ialah The Cabin. Bilik2 di bina daripada kontena. Lanskap di situ juga sangat cantik. Jika saya ke Langkawi lagi, saya tak akan lepaskan peluang untuk stay dekat The Cabin.
Sempat juga kami bergambar di kawasan chalet The Cabin :)
Dah alang2 sampai ke Pantai Chenang, rugilah kalau tak jalan2 tepi pantai kan? So, kami pon ke kawasan persisiran pantai untuk hirup udara pantai pada waktu malam. Memang nyaman, lagi2 dengan deruan ombak. Mungkin ada yang rasa, boringnya jalan2 kat pantai je. Haaaa... jangan risau, ada juga hiburan tau kat situ. Anda akan terjumpa persembahan 'abang api' jika anda berjalan2 di sana pada waktu malam. Pelbagai aksi menarik yang dipersembahkan kepada anda. Percuma je tau. Meriah sangat!
Abang2 macho melakukan aksi bermain api
Pada keesokkan harinya, kami memilih untuk menaiki sky cab yang tercuram di dunia. Saya nasihatkan bagi yang datang pada musim cuti sekolah untuk datang awal pagi kerana memang ramai sangat pengunjung yang tak ingin lepaskan peluang menaiki sky cab ni. Harga tiket pula RM30 dewasa dan RM20 bagi kanak2. Bagi yang ingin merasa pengalaman melalui Sky Bridge, tambahan RM5 diperlukan. Cuaca nyaman di atas memang tidak dapat dilupan. Anda akan dapat melihat seluruh Langkawi ketika berada di atas.
Diharap anda semua tidak melepaskan peluang untuk mengisi masa cuti bersama keluarga atau rakan2 di Pulau Langkawi. Terdapat banyak lagi tempat menarik yang tidak sempat kunjungi. Saya percaya, tempat2 lain juga tidak kurang hebatnya drpd tempat2 yang telah saya kongsikan. :) :)
_HEFFAH_
No comments:
Post a Comment