Friday, 30 December 2016

JOM HABISKAN BAKI CUTI SEKOLAH!

Assalamulaikum.. Hari ni rajin nak menulis lagi.. sudi2 kan baca ya.. hii

Saya berminat utk kongsi sedikit lagi tempat2 menarik yg saya kunjungi semasa ke Langkawi bersama family. Kita da jalan2 di laut, kali ni kita jalan2 di darat pulak.

Jika anda ada bajet lebih, boleh la singgah di 5D meseum Langkawi. Harga tiket pon masih dikira berpatutan. Bagi dewasa cuma RM20 dan kanak2 RM15 sahaja. Kami singgah di sini kerana cuaca agak terik, dan kami membuat keputusan untuk membuat aktiviti indoor. Banyak gambar2 menarik yang boleh anda rakamkan di sini kerana terdapat banyak hasil seni 5D yang cantik dan kelihatan real di dalam gambar.





Gambar2 drpd jurufoto Amatur..hii

Setelah 7 tahun lebih tidak menjejakkan kaki ke Langkawi, terlalu banyak perubahan yang berlaku terutamanya di area Pantai Chenang. Saya terpukau apabila melihat kemeriahan di sana. Memang sangat2 berbeza dengan apa yang saya lihat 7 tahun yang lepas. Jika dulu, kawasan persekitaran Pantai Chenang agak sunyi pada waktu malam, kini tidak lagi.

Terdapat beberapa bangunan baru telah dibangunkan. Ia dijadikan pusat membeli-belah bebas cukai. Nah! Bukan di bandar sahaja boleh shopping tau, di kawasan Pantai Chenang pon dah boleh shopping barangan bebas cukai.

Selain itu, terdapat juga Street Market sepanjang jalan di Pantai Chenang. Di sana terdapat pelbagai barang2 menarik. Jangan risau kalau anda terlupa bawa baju mandi, di sana memang banyak sangat pilihan baju2 mandi untuk kanak2 sehingga dewasa. Terdapat juga barangan kraftangan yang cantik2, sesuai untuk dijadikan buah tangan. Selain itu, ada juga gerai menjual makanan2 untuk dijadikan snek semasa berjalan di pantai antaranya, jagung rebus, roti, waffle dan sebagainya. Memang best!

Kalau anda terasa lapar semasa jalan2, tak perlu pening2 cari kedai makan. Terdapat pelbagai restoran yang semestinya Halal di sepanjang jalan. Restoran seafood, restoran makanan Thai, restoran makanan Arab dan banyak lagi. Restoran fast food pon ada tau seperti KFC dan McD. Jika haus, ada juga kiosk Chatime di sana. :)

Sambil jalan2 tu, anda akan ternampak satu chalet yang cantik. Chalet tersebut ialah The Cabin. Bilik2 di bina daripada kontena. Lanskap di situ juga sangat cantik. Jika saya ke Langkawi lagi, saya tak akan lepaskan peluang untuk stay dekat The Cabin.


Sempat juga kami bergambar di kawasan chalet The Cabin :)

Dah alang2 sampai ke Pantai Chenang, rugilah kalau tak jalan2 tepi pantai kan? So, kami pon ke kawasan persisiran pantai untuk hirup udara pantai pada waktu malam. Memang nyaman, lagi2 dengan deruan ombak. Mungkin ada yang rasa, boringnya jalan2 kat pantai je. Haaaa... jangan risau, ada juga hiburan tau kat situ. Anda akan terjumpa persembahan 'abang api' jika anda berjalan2 di sana pada waktu malam. Pelbagai aksi menarik yang dipersembahkan kepada anda. Percuma je tau. Meriah sangat!

Abang2 macho melakukan aksi bermain api

Pada keesokkan harinya, kami memilih untuk menaiki sky cab yang tercuram di dunia. Saya nasihatkan bagi yang datang pada musim cuti sekolah untuk datang awal pagi kerana memang ramai sangat pengunjung yang tak ingin lepaskan peluang menaiki sky cab ni. Harga tiket pula RM30 dewasa dan RM20 bagi kanak2. Bagi yang ingin merasa pengalaman melalui Sky Bridge, tambahan RM5 diperlukan. Cuaca nyaman di atas memang tidak dapat dilupan. Anda akan dapat melihat seluruh Langkawi ketika berada di atas.  

Diharap anda semua tidak melepaskan peluang untuk mengisi masa cuti bersama keluarga atau rakan2 di Pulau Langkawi. Terdapat banyak lagi tempat menarik yang tidak sempat kunjungi. Saya percaya, tempat2 lain juga tidak kurang hebatnya drpd tempat2 yang telah saya kongsikan. :) :)


_HEFFAH_

Saturday, 24 December 2016

CUTI CUTI BAJET LANGKAWI...

Assalamualaikum...

Kali ni excited sikit nak tulis sebab baru balik dari cuti-cuti Malaysia ngan family.. hii..
Bila dengar je Langkawi, mungkin ia satu pulau yang tak asing lagi di pendengaran rakyat Malaysia. Tapi ramai juga masih tak berpeluang menjejakkan kaki ke pulau lagenda tu. Memandangkan  cuti sekolah masih berbaki lagi ni, dan mungkin ada yang tak sempat nak rancang percutian dengan family, apa kata anda buat trip ke Langkawi.

Saya nak share sikit info percutian saya ke Langkawi baru-baru ni. Sebelum ke sana, saya mcm biasa akan cari dulu pakej2 yang paling penting sesuai dengan bajet. Antara yang paling mudah utk cari pakej2 ni adalah dengan cari di Instagram. Taip je pakej langkawi, memang banyak travel agensi yang menawarkan pakej2 menarik bersesuaian dengan bajet kita. Macam kami ada bajet lebih sikit, jadi kami memilih ke sana dengan menaiki kapal terbang untuk menjimatkan masa perjalanan.

Untuk percutian kali ni, saya tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh travel agensi yang dikenali dengan nama "PakejLangkawimurahrm99". Tengok nama IG pon dah tau harga yang ditawarkan. Memang betul, RM99 sahaja untuk seorang!!! Takkan tak murah lagi kan? Pakej ni termasuk penginapan, kereta, dan yang paling best termasuk 'Magrove Tour'. Tapi masa peak season lain sikit la harganya. Kene tambah lagi RM50. Tapi still murah kan.

Serious pakej ni memang berbaloi baloi. Tapi kene pergi sekurang-kurangnya 4 orang. Kalau kurang, lain harga yang akan dikenakan. Hotel dan kereta yang disediakan pon berpadanan dengan harga yang dibayar. Tidaklah begitu mewah, tapi cukup selesa. Yang penting ada tempat tidur dan senang nak jalan-jalan kan. hii..

Nak tau tak Mangrove tour tu apa? Lebih kurang macam Island hoping, tapi tour kat tempat yang berbeza dengan island hoping tu. Kita akan ke beberapa pit stop dengan menaiki bot. Pertama kita akan di bawa ke Gua Kelawar, Di sini anda berpeluang masuk ke dalam gua dan menyaksikan sendiri gelagat kelawar2 di dalam gua dan dalam masa yang sama, menikmati kejadian semulajadi yang sangat2 cantik.




Boleh sewa lampu suluh dengan harga RM2 sahaja. Jadi dapat la lihat kelawar dalam keadaan gua yang gelap.





Lepas tu, anda akan naik bot semula dan ke pit stop berikutnya iaitu Eagle Feeding. Kat sini pon saya dan family sangat2 excited sebab dapat tengok burung helang dengan lebih dekat dan sangat banyak. Masa kami berada di sana, ada lebih kurang 3 spesis burung helang yang berbeza. Burung2 ini memang burung helang liar. Tetapi mereka sudah dimanjakan oleh pemandu2 bot di sana dengan diberi makan setiap hari. Nak tau helang makan ape? Helang makan kulit ayam mentah.. Yummy!!

Tu dia seekor burung helang yang sangat besar bersedia untuk sambar makanan.. 

Menarik kan??? Tapi..... ada yang lagi menarik. Ini saat yang paling saya teruja sekali. Kami di bawa ke tengah laut. Tempat itu betul2 dekat dengan sempadan Thailand. Apa yang menarik kat tengah2 laut tu? Mesti anda semua tak percaya. Kami semua berpeluang melihat ikan lumba2/Dolphin liar. Bukan seekor, tapi banyak! Tak perlu ke Australia. Kat Malaysia pon ada tau. Masa tu betul2 excited. Pemandangan sekeliling pon sangat cantik. Tapi tak sempat snap gambar dolphin tu sebab ikan tu laju. Sempat rakam video je. hii..

Haa... kat sini la anda dapat jumpa dolphin. Tapi, tak boleh bising2 tau.. Kene senyap dan tunggu dia keluar.. Syokkkkk. Tempat ni nama dia, Kilim Geoforest Park.











Lepas tengok dolphin, anda akan di bawa ke Pulau Pasir Panjang. Pulau ni sangat bersih dan cantik. Boleh la sanap gambar, mandi manda dan bermain pasir. Anda ada lebih kurang 30 minit untuk menghabiskan semua aktiviti di pulau tersebut. Memang cantik sangat pulau ni. Tak tipu k.

Bukan tu saja. Ada lagi tempat nak pegi tau, Lepas penat snap2 gambar dan main pasir, anda akan ke tempat perternakkan ikan. Kat sana anda dapat lihat pelbagai jenis ikan dibela di dalam sangkar. Antaranya ikan pari, ikan jenahak dan banyak lagi. Ada juga restoran terapung dan tandas di situ. Jadi bolehlah berehat sebentar sebelum teruskan perjalanan. Tempat ni pon di tengah laut tau.Belum di darat lagi.
 Ok2.. ni last.. rasa macam dah banyak sangat pit stop kan. Hii.. Lepas tengok ikan dan berehat, anda akan lalu di bawah Gua Mulut Buaya. Lalu bawah gua dengan menaiki bot. Memang pengalaman baru. Berbaloi-baloi sangat pakej tour ni. Apa salahnya cuba tour yang lain dari lain. Mungkin ada yang dah pernah island hoping tapi belum cuba mangrove tour. Ni lah masanya!

Selfie bawah gua. Cantik sangat2... Saya suka!

Pakej Mangrove ni ambil masa 4 jam. Rasa macam tak puas je walaupon 4 jam sebab memang best sangat2. 

Jadi, bagi yang minat, boleh contact Abang Alif. Dia akan terangkan pasal tour ni. Boleh cuba contact no fon ni, 019-435 8585. 

Baru tulis pasal tour. Later sambung lagi tentang tempat2 menarik yg lain k. :)

_Heffah_





Thursday, 22 December 2016

HYE EVERYONE!!

HYE! tengah buat ape mlm2 ni?

Alhamdulillah saya diberi peluang dan kesempatan utk mewujudkan blog saya sendiri. Blog ni saya wujudkan utk saya beri peluang kpd diri saya sendiri yang minat menulis ni, utk menulis dan dlm masa yang sama berkongsi pendapat dan lain2 perkara dgn teman2 di luar sana.

Soooo, harap sgt semua teman2 dpt juga berkongsi dan dlm masa yang sama memberi pendapat dan tunjuk ajar dlm setiap perkara yg kita bincang dan kongsi. 

Excited sgt ni dah ada blog sendiri walaupon sekarang dah zaman terlebih moden.. hihi...

Nantikan post2 yang lain2 lepas ni tau..

_heffah_